PERSATUAN SINAR DAMSYIK MALAYSIA

Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia. (Association Of The Light Of Damascus Malaysia) (P.E.R.S.I.D.A.M).

Ianya telah berjaya didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 pada 7 Mac 2005.

Nombor pendaftaran Pertubuhan ialah PPM-003-10-03072005 (dahulunya 0357-05-07). PERSIDAM juga telah mendapat kelulusan pelepasan cukai kepada penderma di bawah Seksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967 yang berkuatkuasa pada 1 Julai 2006 dengan nombor rujukan: LHDN.01/35/42/51/179-6.5877.

  • Tarikh Penubuhan : Tahun 2008
  • Jumlah Pelajar: 60 Pelajar
  • Jumlah Guru: 5 Guru

Ucapan Dari Yang Di Pertua PERSIDAM

Assalam Alaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh

Segala puji bagi Allah SWT Pencipta alam semesta. Kerahmatan dan kesejahteraan kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Sesungguhnya Islam ialah agama yang teragung. Ianya bermula dengan hubungan dengan Allah dan diiringi dengan hubungan dengan manusia. Oleh itu, setiap penganutnya hendaklah merenung kedua-dua aspek ini dalam setiap sudut kehidupan. Dalam usaha memelihara kedua-dua perkara ini, Pertubuhan berusaha mengembangkan pengajian fardu ain melalui pengajian kitab-kitab arab dan melayu. Pertubuhan juga menjalankan aktiviti kemanusiaan dengan membantu rakyat Syria yang menjadi pelarian di dalam dan luar negara.

Nabi SAW bersabda: “Jangan kamu saling hasad, jangan saling melakukan najasy, jangan saling membenci, jangan saling membelakangi, jangan sebagian membeli barang yang telah dibeli orang lain, dan jadilah sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara muslim bagi lainnya, jangan dia menzaliminya, jangan menghinanya, jangan berdusta kepadanya, dan jangan merendahkannya. Ketakwaan itu di sini (Baginda menunjuk ke dadanya dan beliau mengucapkannya 3 kali) Cukuplah seorang muslim dengan kejahatan jika dia merendahkan saudaranya sesama muslim. Setiap muslim diharamkan mengganggu darah, harta, dan kehormatan muslim lainnya.” (HR. Muslim no. 2564)

Moga Allah memilih kita untuk melalui jalan ibadatnya dan memelihara seluruh umat Islam. Setinggi-tinggi terima kasih atas segala kerjasama dan bantuan dalam membantu Pertubuhan mencapai matlamatnya.

Md Aleh Solihin bin Ahmad Sidiki Yang Dipertua
Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia

WhatsApp chat