RANCANGAN PEMBANGUNAN

RANCANGAN PEMBINAAN KOMPLEKS SEKOLAH MENENGAH INTEGRASI MAAHAD AL-TAHZIB WA AL-TA’ALIM

APA YANG AKAN KAMI BANGUNKAN ?

Sebuah Kompleks

Sekolah Menengah Intergrasi MAAHAD AL-TAHZIB WA AL-TA’ALIM

AMANAT SHEIKH SABAHUDDIN BIN SAYYID AHMAD BIN SAYYID IBRAHIM AL-HUSAINI

Pada bulan Mac 2009, PERSIDAM telah menerima kunjungan Penasihat PERSIDAM iaitu Sheikh Sabahuddin Bin Sayyid Ahmad Bin Sayyid Ibrahim Al-Husaini.

Beliau merupakan seorang ulama’ dan ilmuan Islam yang berasal dari Iraq dari keturunan Rasulullah yang ke-38. Latar belakang: Sheikh Sabahuddin Bin Sayyid Ahmad Bin Sayyid Ibrahim Al-Husaini bermazhab Hanafi dan merupakan imam besar selama 40 tahun di Masjid Imam Abu Yusuf yang merupakan anak murid utama kepada Imam Abu Hanifah. Keturunan beliau ialah benteng Ahli Sunnah Wal Jama’ah di Kazimiah Baghdad selama hampir 400 tahun yang telah mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah dengan nyawa dan harta mereka.

Antara guru beliau ialah Syeikh Abdul Qadir Al-Khatib Mufti Baghdad, Syeikh Abdul Karim Al-Mudarris dan bapa beliau sendiri. Beliau banyak menyebarkan dakwah di India, Pakistan dan Afghanistan dan mempunyai 6 juta pengikut di negara-negara tersebut. Beliau telah berhijrah ke Syria setelah berlaku penjajahan di Iraq. Beliau kemudiannya berhijrah ke Turki semasa berlaku pergolakan di Syria. Kini beliau menetap di Konya, Turki dan dianugerahkan warganegara Turki oleh Perdana Menteri Erdogan sebagai menghormati jasa dan kemuliaan beliau sebagai zuriat Nabi Muhammad S.A.W dan pejuang Ahli Sunnah Wal Jama’ah.

Amanat: Pada kunjungan beliau ke PERSIDAM, Sheikh Sabahuddin Bin Sayyid Ahmad Bin Sayyid Ibrahim Al-Husaini telah memberi amanat kepada Yang Dipertua PERSIDAM supaya memperbaiki dan membaikpulih sistem pembelajaran dan penempatan MTWT agar dapat berkembang menjadi satu pusat pengajian ilmu Islam yang unggul di tanah air.

Beliau mencadangkan supaya dibina bangunan yang sesuai untuk pembelajaran sekolah dan penempatan pelajar-pelajar serta kakitangan sekolah ini memandangkan bangunan sekarang sudah tidak dapat menampung pertambahan pelajar setiap tahun

JUMLAH KUTIPAN DANA

Jumlah di perlukan

Kutipan Terkumpul

CAPAIAN PENDERMA

JUMLAH PERDERMA kini

Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.

Hubungi Kami

Butiran Akaun Bank Pembangunan Kompleks

Nama : Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia
Bank : Maybank
Akaun : 562106216755
email : persidam.hq@gmail.com

WhatsApp chat